Wednesday, December 28, 2011

Kenape perlunya imam mazhab yang 4?

Sebelum masuk Islam, selalu ada membuat perbincangan dengan ayahku tercinta. Pernah ada sekali ayah sebut tentang empat mazhab ini. Dia kata Islam bukan satu, banyak lagi ajaran yang berlainan dalam ISLAM, sekiranya Tuhan itu satu, kenapa tidak menyatukan umat-umatnya dalam satu juga sedangkan mereka sudah ada al-Quran dan as-Sunnah? Mereka tetap berpecah kepada empat. Saya terdiam kerana saya tidak reti menjawab. dan saya tahu, sebarang jawapan saya mesti tidak akan diterimanya kerana saya hanya seorang budak, anak perempuan yang harus akur kepada kata2 ayahnya.

Pernah juga saya tujukan soalan ini kepada ustazah di tepi kolam, kami outing pergi ceramah Perkim masa itu. Semuanya sama saje dia katakan, dan semuanya tetap balik kepada al-Quran dan Sunnah. Sedikit kecewa di hati kerana... mungkin ini lah jawapannya, simple dan senang faham tapi ini bukan jawapan yang saya nak, tak dapat hit the point lagi. Saya cuba bertanya kepada beberapa orang kawan, jawapan yang sama juga. Saya faham mungkin saya ini baru lagi. Tapi saya khuatir juga apa yang saya amalkan ini adat Melayu ke agama?



Balik ke asrama, saya berkongsi masalah dengan rakan sebilik yang non-Muslim. Dia juga sedang mencari-cari kebenaran Islam dan jawapan yang dia kumpul selalu tidak dapat memuaskannya. Ya, bukan senang hendak mencari ilmu. Baik kami cari sendiri daripada menunggu jawapan daripada orang lain. At the same time, kami berdua dapat belajar something, sesuatu ilmu itu tidak boleh rush. Sekiranya kita paksa diri kita untuk mencari, menerima maka mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Ilmu tidak dapat dikuasai dalam sekelip mata, ia juga menunggu kesesuaian masa, lalu datang kepada kita.


Terjumpa article ini di Facebook. Quite interesting.




Seorang pemuda mengaku berfahaman 'salafussoleh' bertemu seorang ulama' ahlu sunnah, lalu bertanya: "Mengapa perlu imam mazhab yang empat sedangkan Rasulullah(shallu 'alaih) dah pun tinggalkan kita dua pusaka agung iaitu al-Quran dan as-Sunnah? Bukankah kita mesti berbalik terus pada al-Quran dan as-Sunnah dalam menentukan sebarang hukum?"

Ulama' tersebut senyum dengan tenang lalu berkata, "Di ha...dapanmu wahai anak muda ada kendi berisi air dan secawan gelas. Sebelum menjawab soalanmu, sila minum dahulu."-Sesudah pemuda itu minum, ulama' tersebut melangkah pergi namun sempat dihalang oleh si pemuda. "Anda masih belum menjawab pertanyaan saya!" Kata pemuda.

Ulama' tersebut menegaskan bahawa persoalan anak muda tadi sudahpun terjawab ketika meminum air. Apa katanya? "Sewaktu kau minum tadi, mengapa tidak kau minum menggunakan kendi? Kerana kendi itu bagimu terlalu besar untuk kau curahkan air ke mulutmu bukan? Lalu kau curahkan air melalui kendi ke dalam cawan untuk dimasukkan ke mulutmu yang kecil itu. Begitulah perumpaannya imam yang empat bagaikan kendi yang kita perlukan untuk menghuraikan kepada kita isi kandungan al-Quran dan as-Sunnah yang terlalu agung isinya. Setiap manusia boleh memahami al-Quran dan Sunnah Baginda tetapi bandingkan samakah cara pemikiran kita dengan anugerah yang Allah telah kurniakan kepada mereka(imam yang empat) untuk memahami lumat ilmu-NYA? Kau juga akui itu bukan?"




0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Blogger templates